Video

Wednesday, January 6, 2016

Adakah benar semasa Portugis menceroboh Melaka, pahlawan-pahlawan melayu Melaka pada waktu itu hanya mempertahankan bumi tanah air mereka hanya dengan menggunakan keris, parang dan lembing? Sejauh mana keterlibatan orang-orang Melayu didalam arena senjata api? Adakah benar orang-orang Melayu dianggap asing dengan teknologi ini?
Memetik dari buku The Golden Chersonese and the way Thither, penulisnya Isabella L Bird telah mencatatkan bahawa senjata-senjata utama orang-orang Melayu ada keris, pedang (mengikut catatan Bird, jarang digunakan tetapi lebih kepada perhiasan), parang (juga untuk kegunaan harian selain daripada senjata) dan tombak-tombak bermata besi (menurut Bird, senjata yang memakan banyak nyawa ketika Perang Perak). Selain daripada senjata-senjata perang tradisional, bird juga mencatatkan kehadiran Matchlocks, Blunderbusses dan Lelahs. Bird dipetik sebagai berkata:
"The malay weapons consist of the celebrated kris with its flamed shape wavy blade, the sword, regarded, however, more as an ornament, the parang, which is both knife and weapon, the steel headed spear, which costs us many lives if the Perak war, Matchlocks, Blunderbusses and Lelahs, long hevay brass gun used for the defence of the stockade behind which the malays usually fight.they make their own gunpowder and uses cartridges made of cane."
Mungkin kepada yang sudah arif tentang terma-terma persenjataan moden, perkataan-perkataan ini mungkin tidak asing, namun bagi yang kurang pengetahuan tentang ilmu senjata, saya terpinga-pinga dengan istilah-istilah asing ini. Jika terma umum seperti Grenade Launchers, Machine Guns atau Bazooka mungkin juga pernah saya dengar tapi Matchlocks, Blunderbusses dan Lelahs?
Matchlock adalah sejenis senapang yang mempunyai kancing (locks) yang merupakan moyan kepada senapang patah pada hari ini. Orang melayu memanggilnya Istinggar atau Senapang Kancing Sumbu. Blunderbusses pula sejenis senapang yang mempunyai ukuran lebih pendek dari Matchlock. Orang Melayu memanggilnya Pemuras. Pistol tangan yang lebih pendek pula dipanggil Terakol atau Tarkol yang agak popular dikalangan lanun-lanun dan pedagang-pedagang laut Melayu. Lela pula ada lah meriam-meriam Melayu.
Didalam buku Political and Statistical Account of the British Settlements in the Straits of Malacca yang ditulis oleh Thomas John Newbold dan diterbitkan pada 1839 mencatatkan seperti berikut:
"Their matchlocks, of which the Satengar, or Istengara Menangkabowe, is most esteemed, are long heavy unwieldy pieces: the barrels are formed by twisting a flat bar, of tough beaten iron, round a rod of the same, and beating it into a consistent hollow cylinder. The stocks of these pieces are not adapted for the shoulder, nor for taking an accurate and speedy aim, and a rest is absolutely necessary, from the great weight and length of the barrel. The Malays, in fact, scarcely ever fire without resting the muzzle, lowering, instead of raising it to their object, nor do they apply the butt to the shoulder. The locks for holding the Tunam, or match of coir rope, are generally of brass or copper, finely worked and ornamented. The European pieces, with locks, are most preferred, and now commonly used instead of the matchlocks."
Newbold seterusnya mencatatkan bahawa senjata-senjata api ini sememangnya tidak asing dengan orang-orang Melayu malah untuk melihat seorang lelaki melayu dengan senapang-senapang tersisip kemas ditangannya adalah bukan perkara yang aneh malah menjadi kelaziman. Cerobong mulut senapang-senapang ini selalunya diukir dengan ukiran-ukiran mulut harimau atau ular. Newbold seterusnya menyambung seperti berikut:
"Muskets, blunderbusses (Pemuras), and rifles are not uncommonly found in their hands. The barrels of the blunderbusses are frequently made by themselves, with muzzles in various fantastic forms, such as the mouth of a tiger or snake, and mounted with European locks. When going to war, a Malay considers himself completely armed with a kris, a golok, a badik (sort of knife), a chenankas, or pedang (sword), a musket and cartridges, or the tombak (spear), and a quiver of ranjows, or caltrops, at his back."

Roughly a century after firearms were invented by the Arabs, the Malays began making guns. Evidence of these activities were documented by W Linehan in his paper entitled Some Discoveries on the Tembeling. On the banks of the Tembeling river in Peninsular Malaysia, he found molds that were used to cast cannons in the 13th or 14th century.
According to the conqueror of Malacca,Alfonso d'Albuquerque, Malaccan gun foundries were as good as those in Germany. This could mean they were better than Portuguese ones but the most powerful guns in those days were made by the Ottoman Turks. When the Portuguese defeated Malacca, they found thousands of cannons including an extraordinarily large one which Alfonso sent to his Hindu ally the Zamorin of Calicut.Guns produced by Malay kingdoms were of varied quality.
The most powerful ones were no doubt made by the wealthiest sultanates. The best Malay cannons had no problem blasting the best European ships out of the water ; for instance the Dutch East Indies Company lost a battleship when they attacked Makassar in 1667 and another one in the 18th century when they attacked a Bugis stronghold in Bintan. Guns made by Makassar were of such high quality they were demanded by the Dutch as part of war reparation payments (even though the war was started by the Dutch).
MALAY FIREARMS are :
1. Pemuras (Malay Blunderbuss)
2. Istinggar (Malay Flintlock Musket)
3. Tarkul ((Malay Flintlock Pistol)

Nota :
SETELAH 50 tahun merdeka tapi masih BUTA SEJARAH.
Terlebih dahulu ingin ditegaskan disini bahawa ini hanyalah untuk memberi perspektif lain dari apa yang kita pernah baca atau faham tentang sejarah melayu (Islam). Kerana selama ini kita hanya baca atau dengar apa yang di sogokkan oleh penjajah-penjajah yang telah menjajah kita sekian lama.
Sebenarnya kita bangsa melayu telah pun maju sebelum kedatangan penjajah-penjajah ini... Portugis, Belanda, Jepun dan Inggeris.
Kita bukanlah bangsa yang malas, yang hanya layak untuk tinggal di kampung-kampung sebagai petani. Kita bukan bangsa yang sentiasa sukakan hiburan. Sebenarnya kita adalah bangsa yang GAH, KUAT dan MASYHUR... yang berdagang dengan memiliki kapal-kapal dagang sendiri jauh lebih awal dari kedatangan orang-orang cina ke Semenanjung Tanah Melayu.
Kita telah pun berdagang hingga ke Benua Afrika dan Arab sebelum kedatangan kaum-kaum lain ke Tanah Melayu. Malah Tanah Jajahan Melayu membawa hingga ke sempadan negara Cina.
Dengan membaca apa yg ada ini, maka dapatlah kita menilai semula dan BERTEKAD untuk mencapai semula zaman kegemilangan tersebut. Juga dapat kita mengkaji di mana silapnya hingga kita ketinggalan jauh terkebelakang dengan bangsa-bangsa yang datang menumpang dan terkemudian dari kita...
- Renung dan fikir2kanlah...



Monday, August 10, 2015



orang melayu adalah bangsa yang menerima islam secara baik,orang melayu boleh sebut bahasa Arab dengan Fasih,orang melayu menggunakan bahasa Arab dalam percakapan walaupun ia tidak sedar seperti sabar,kubur,sihat,mati,mayat,dan lain2 lagi,kenapa? sebab kita berasal dari bangsa Arab yang hilang dalam peperangan kerajaan Sargon lama sezaman nabi Ibrahim,dan keturunan nenek kita lari ke semenanjung emas selepas dibadai ombak kapal di hanyut,kalau dari darat,india,burma ,dan siam ,baru sampai ke semenanjung emas ,tetapi kita asal dari belayar,bukan datang dari darat.

Saidina Ali Karamahwajhah telah berkata ketika nazak selepas ditikam ibnu Muljan semasa waktu subuh,katanya pergilah wahai saudaraku leparkan belanti ku ke sungai Furat kerana bansa Arab tiada ada kesatuan sehingga kiamat melainkan ada satu kaum yang hilang akan kembali pada satu bendera mereka berada di timur,sebab itu Muauwiyah telah menghantar utusan ketanah melayu dan jawa,untuk melihat apa agamanya,dan begitu juga para pendakwah dari seluruh arab,yaman,gujrat,datang ke semenanjung Emas dan Jawa.

BANI JAWI @ BANGSA JAWI / MELAYU

Tanah Jawi – ialah gelaran kepada Tanah Melayu

Orang Jawi – ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu

Tulisan Jawi – ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu

Masuk Jawi – berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.

Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah. Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama al Mahdi.

Diceritakan juga al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi. Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemah lembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati. Jawi atau Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu & Wi=Tuhan. yakni maksud nya bangsa yg percaya kpda 1 Tuhan (mentauhidkan Tuhan). Dimanakah negara dihujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu??

Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang. Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia.’ Wallahualam

Friday, July 17, 2015



Sejarah sebenar Melayu seperti yang Disampaikan Ulama Muktabar tanpa bercampur dengan sejarah rekaan atau hasil kajian Penjajah, bukti Melayu-Islam Islam-Melayu, Makna Melayu, Syarat bergelar Bangsa Melayu)

Satu-satunya bangsa didunia yang apabila dinamakan oleh ulama' (Sheikh Abdullah Al-Qumairy, anak Murid Sultanul Auliya Ghaus ul Azam Syed Sheikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani Q.S), Ketika menamakan bangsa ini, Beliau menyatakan syarat seseorang menjadi bangsa Melayu adalah WAJIB BERAGAMA ISLAM (AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH), DAN HIDUP CARA ISLAM. Jika tidak, GUGUR KALMAH MELAYU Keatas Mereka.

Petikan Ucapan Mufti pertama Tanah Melayu Syed Sheikh Abdullah Al Qumairi R.A:

" Kepada mana-mana org dari keturunan ini yg meninggalkan Agama Islam atau menerima Agama yg lain atau berpaling tadah kpd kefahaman nenek moyang yg dahulu (Dubar/Derdar) atau tidak lagi menerima pakai cara hidup Islam, di kala itu dengan sendirinya gugurlah kalimah melayu pd diri mereka itu."

( kitab Hadiqatul Azhar War Rayahin jilid 1, Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain Al Fathani R.A, ulama tersohor bangsa Melayu di Makkah dan Nusantara)

Makna bagi Melayu ialah:-:
الرؤسأ سمو بذلك لأنهم ملأ بما يحتاج أليه

“ Pemimpin-pemimpin, dinamakan dengan demikian itu kerana pemimpin ini mereka mampu memenuhi hajat orang lain.” Lisanul Arab.

والملأ: ألخلق الملئ بما يحتاج أليه
“ Memiliki akhlak yang memenuhi keperluan orang lain. ” Imam Abu Manzur.

والملأ: الجماعة أشراف القوم

... “ Satu al jamaah, Bangsa yang mulia ”- Qamus al ma’ani.

والملأ : الأشراف من الناس

“ Manusia yang paling mulia di kalangan Manusia”- tafsir Qurtubi.

Bangsa ini dikenali sebagai “Islam Melayu, Melayu Islam” yang tidak boleh dipisahkan sama sekali iaitu mereka yang beragama Islam dan bermastautin disini atau orang-orang Islam dari rata-rata yang berhijrah dan bermastautin disini rata-rata dipanggil Melayu.

Sedemikian sejarah ini telah direalisasikan dan termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia 160(2), syarat untuk menjadi melayu wajiblah seseorang itu:-

1 Beragama Islam.
2 Bertutur di dalam bahasa melayu.
3 Berbudaya dengan budaya melayu.

Sejarah Melayu seperti yang dipegang dan sampaikan oleh Ulama Muktabar sepeti Almarhum Al Alim Allamah Asy Sheikh Muhammad Yusof Al-Kenali (Tok Kenali), Almarhum Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain Al-Fathani R.A (Mufti berbangsa Melayu di Makkah Al Mukarramah) dan lain-lain Ulama Warisatul Anbiya yang Muktabar lagi :-

Sekitar kurun ke 10 dan 11 Masihi, Kumpulan berfahaman Syiah di Iran telah memulakan gerakan memburu dan menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang berada di bumi Iran ketika itu. Golongan Sunni adalah dari kalangan suku kaum Kurdis (Kalahar) (1)

(Nota 1) Dipercayai gelaran Kalahar kepada Kedah Tua telah diletakkan bersempena kedatangan kaum Kurdis ke sini.

Oleh kerana keadaan amat terdesak, golongan Ahli Sunnah Kurdis terpaksa berhijrah secara besar-besaran ke Afrika, India, Timur Tengah, Timur Jauh dan New Zealand. Sebahagian daripada mereka juga telah tiba di Nusantara dan membuka penempatan baru di Kedah yang juga dinamakan mereka sebagai Kalahar (sempena mengambil nama suku kaum Kurdis Sunni) yang pada masa itu baru sahaja menerima kesan serangan Raja Rajendra Chola (2).

(Nota 2) Ini dikaitkan dengan serangan tentera Islam ke atas sebuah Kerajaan Hindi di Pantai Koromandel bernama Chola. Raja Rajendra juga tidak berpuas hati dengan penguasaan Sri Vijaya di Nusantara. Baginda telah menghantar ratusan kapal perang untuk memusnahkan Empayar Sri Vijaya termasuk Kadaram (Kedah) Dalam tahun 1027 -1030M Rajendra Chola 1 [1018-1044M] melancarkan serangan ke atas Sriwijaya dan Sampugita dengan membawa balik harta rampasan Raja Kadaram [Kedah], Sangrama Vijayattung –varman tanpa membangunkan pemerentahan di Negara-negara yang diserangnya. Walau bagaimanapun ia telah menimpakan kemusnahan yang teruk ke atas Sriwijaya dan Sampugita. Antara negeri yang turut dimusnah akibat serangan itu ialah Gangga Negara [Perak] dan Medang Bhumi [Kelantan]. Sriwijaya yang berpusat di Palembang pada masa itu bersama Sampugita termasuk Jawa menyerang balas Negara Pandya di India Selatan dan Ceylon. Rajendra Chola 1 akhirnya dibunuh [1044] oleh tentera-tentera Melayu dari Negara bersekutu itu. Pada 1068-1069M Vira Rajendradeva putera Rajendra Chola 1 menyerang Kandaram yang dibawah jajahan Sriwijaya Palembang dan kemudian menyerah kembali lepada rajanya [serangan ini merupakan pertolongan lepada seorang raja yang menuntut takhta]. Selepas ini tidak ada tanda-tanda bahawa kerajaan Sampugita jatuh ke tangan Chola.

Ketika itu, Maharaja Durbar I iaitu Merong Mahawangsa (Sri Vijaya) menjadi duta Maharaja Rom (Keturunan Iskandar Zulkarnain - Macedonia)(3) untuk membawa Putera Raja Rom bagi mengahwini Puteri Maharaja China. Baginda berasal dari Gumarun (3), Parsi dan pernah ditewaskan oleh angkatan suku Iran lain yang lebih kuat.

(Nota 3) Rom yang dimaksudkan ialah Wilayah Empayar Parsi atau Iran yang pada suatu masa adalah sebahagian dari Empayar Rom Timur yang telah lama menerima agama Islam dari zaman Khulafa Ar-Rashidin. Gumarun juga dikenali sebagai Pelabuhan Gambroon di Laut Kaspian.

Rombongan pelayaran Merong Mahawangsa ini telah diserang oleh satu angkatan perang Hindu yang mempunyai kapal berlambangkan burung garuda (lambang kenderaan Dewa Wisnu). (4)

(Nota 4) Sumber yang menyatakan bahawa "Kedah dilanggar Garuda" bukanlah bermaksud sejenis burung yang besar tetapi lambang kapal perang Hindu yang menyerang Seri Vijaya ketika itu. Ilmuwan agama dan sejahrawan yakin bahawa kenyataan yang dimaksudkan sejenis burung "dewa" adalah bercampurbaur dengan elemen mistik yang datang dari pengaruh kepercayaan Hindu)

Serangan yang begitu kuat ini telah memaksa kapal Raja Merong Mahawangsa mendarat di kaki Gunung Jerai dan tidak lama kemudian baginda telah diangkat menjadi raja oleh penduduk tempatan sebagai Raja (Kedah) Kalahar 1.

Baginda juga telah mengahwini seorang gadis Orang Laut dari suku gergasi kerana ingin menggalakkan perkahwinan campuran di samping memperbesarkan lagi keturunan dan kaum kerabat.

Raja Merong Mahawangsa telah memperkenalkan nobat di istana baginda (5) mengambil sempena bunyi-bunyian dari istana Khalifah Harun Ar-Rashid di Baghdad.

(Nota 5) Istana baginda dibina di Kota Langkasuka di Sok, kira-kira 96 km ke timur Gunung Jerai berhampiran persimpangan jalan perdagangan Kalaha dan Langkasuka. Baginda juga dikatakan mendirikan sebuah lagi istana di timur Gunung Jerai berhampiran Kuala Merbok iaitu tapak permulaan jalan menuju ke Langkasuka dan Pantai Timur.

Sayyid Syeikh Abdullah Al-Qumairy

Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani (6) telah menceritakan kepada murid-muridnya bahawa Syeikh Abdullah bin Tuan Syeikh Ahmad bin Tuan Syeikh Ja’far Qumairy (atau Syeikh (Sayyid) Abdullah Al-Qumairy atau Syekh Abdullah Al-Yamani) berasal dari Syahir, Yaman. Beliau adalah Ahlul Bait dari keturunan Rasulullah S.A.W. yang juga merupakan murid kanan Ulama Terkenal Sultan Aulia Sayyidi Syeikh Maulana Maududin Ariffin Qutb Rabbani Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Qadasallah Sirruh.

(Nota 6) Kisah ini diambil oleh Syeikh Mahmud Nasri Othmani daripada Ulama terkenal Kelantan Tuan Guru Waliyulllah Maulana Syeikh Yusof Kenali (Tok Kenali) yang diterima dari gurunya, ulama nusantara,Tuan Guru Syeikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain Mustaffa Al-Fathani sebagaimana isi kandungan beberapa buah kitab seperti Hadiqatul Al-Azhar yang menceritakan kembali kisah sebenar Melayu-Islam, Islam-Melayu.

Pada suatu hari, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menerima arahan dari Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani untuk berangkat ke Negeri Kalaha (Kedah) dalam Wilayah Asia Tenggara - Dinasti Nusantara bersama-sama 11 orang rakan-rakannya.

- Ketika itu terdapat 6 orang utusan lain (murid-murid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani yang terkenal) telah dihantar ke lokasi-lokasi yang berbeza iaitu

i) Syeikh Abu Hassan Syazili ke Mesir, Perancis hingga ke Itali,
ii) Syeikh Ahmad Badawi ke Sudan, Morocco hingga ke Afrika,
iii)Syeikh Abi Madyan Al-Maghribi ke Afrika Barat,
iv) Syeikh Ahmad Khabir Ar-Rifai ke Syria, Turki dan Balkan,
v) Syeikh Muhammad Ali Ridha ke Parsi
vi) Syeikh Sahabuddin Al-Syahid ke India, Afghanistan dan Nepal

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menggunakan jalan karamah di mana dia berjalan sekelip mata (lipat bumi) dari Baghdad ke Kalaha ( 7 ) dengan izin Allah SWT bersama-sama 11 orang rakannya) Syeikh Abdullah tiba di Negeri Kalaha pada tahun 531 Hijrah (1136 Masehi) – (Lihat Nota 4) dan telah mengadap Maharaja Durbar II Raja Phra Ong Mahawanser, Raja Kalaha yang ke-9 di Istana Bukit Meriam. Ketika itu istana sedang mengadakan satu majlis keramaian yang mempamerkan pertunjukan seni mempertahankan diri yang berpaksikan pemujaan dewata, sihir, istidraj dan lain-lain.

(Nota 7) – Sumber Hikayat Merong Mahawangsa versi yang ada kini yang mengaitkan kisah Syeikh Abdullah Al-Qumairy menggunakan atau merampas tongkat Azazil untuk atau setelah tiba di Kalaha. Beberapa ilmuwan agama dan pengkaji sejarah setelah membaca kitab-kitab karangan Ulama Nusantara menyatakan bahawa tidak mungkin seorang ulama besar lagi ahlul bayt akan bersekutu dengan syaitan, ramai yang berpendapat bahawa versi Hikayat ini juga telah dicampurbaur dengan elemen mistik atau mungkin telah dipinda oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk merendah-rendahkan maruah ulama muktabar ini.

Walaubagaimanapun ada satu versi lagi menyatakan bahawa tongkat berkenaan adalah sebenarnya milik Sultan Aulia Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir JIlani yang menganugerahkannya kepada Syed Syeikh Abdullah Al-Qumairy yang kemudiannya dihadiahkan pula kepada DYMM Sultan Muzaffar 1. Dipercayai tongkat berkenaan (kini digelar cokmar) adalah tongkat yang sama yang berada di Muzium Kedah masakini

Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya telah mempamerkan satu kehebatan seni mempertahankan diri (silat) sehingga semua hulubalang-hulubalang Raja Phra Ong terpaksa mengaku kalah dan akur dengan kehebatan Syeikh Abdullah.

Baginda amat kagum dengan kehebatan yang ditonjolkan oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan rakan-rakannya serta ingin mengetahui secara lanjut mengenai rahsia kekuatan ini. Setelah mendengar penerangan Syeikh Abdullah, akhirnya baginda sangat terpegun dan terus memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah 3X (ada versi yang menyatakan 9X) di tangan Syeikh Abdullah Al-Qumairy diikuti semua para pembesar dan pegawai-pegawai Istana.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah memasyhurkan gelaran dan nama baru kepada Raja Phra Ong Maha Wanser iaitu Sultan Muzaffar Shah 1.

Tidak lama kemudian seluruh rakyat Kedah juga telah memeluk agama Islam. Pengislaman secara massal ini berlaku dalam tempoh yang begitu cepat dengan berkat usaha yang jujur dan ikhlas seorang Waliyullah iaitu Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

Rakyat Kedah juga terdiri daripada pelbagai kelompok yang berasal daripada Arab, Iran, India, Parsi, Al-Sin (China) (8) dan lain-lain yang mana mereka kebanyakannya telah lama memeluk Islam di negara asal masing-masing. Mereka juga terkenal dengan kemahiran berdagang. Umat Islam dari China juga rata-rata memakai nama pangkal ‘Pu’ iaitu Abu.

(Nota 8) – Saudagar-saudagar Islam dari Arab, Iran dan lain-lain berkumpul pelabuhan Kanton (Guangzhou). Sayyidina Uthman bin Affan r.a. pernah menghantar Saad Abi Waqqas bersama-sama 15 orang ahli rombongan untuk mengembangkan dakwah di Negeri China. Rekod di Negeri China pada tahun 651 menunjukkan bahawa mereka telah menerima utusan dari Han Mimo Moni (Amirul Mukminin) dan dalam kurun Masihi ke 7, Raja China Tai Ti Sung telah memeluk Islam.

Sekitar 877 Masihi, saudagar-saudagar Arab dan Iran di Kanton telah diserang dan dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan pemberontak anti kerajaan China. Inilah penyebabkan sebahagian dari mereka menjadi pelarian dan tiba di Kalaha.

Kebanyakan dari mereka ini telah memutuskan untuk terus tinggal bersama-sama umat Islam di Kedah dan menjadi satu warga atau bangsa yang baru di negeri Islam di bawah bimbingan (Ulama) Syeikh Abdullah Al-Qumairy dan payung pemerintahan (Umara) Sultan Muzaffar Syah 1 (Gandingan Kepimpinan Ulama-Umara) (9)

Nota 9 : Sejarah membuktikan bahawa Islam telah datang ke Nusantara berkurun lebih dahulu daripada zaman pengislaman Phra Ong Mahawanser. Ulama Nusantara dan sejahrawan tidak menolak fakta ini tetapi apa yang dibincangkan dalam artikel ini adalah BILAKAH agama Islam (dan bangsa Melayu) diisytihar setelah diijmakkan oleh Ulama dan Sultannya menjadi agama rasmi Nusantara (dan bangsa rasmi Nusantara).

Pemerintahan di zaman ini tidak mengenepikan agama-agama lain tetapi mereka yang bukan Islam (tidak dipanggil 'Mala-u') tetapi tidak memerangi Islam - dikenakan jizyah dan mereka yang masih langsung tidak menerima corak pemerintahan ini termasuk tidak mahu membayar jizyah telah melari dan memencilkan diri ke dalam hutan dan bukit bukau.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menamakan gagasan bangsa yang baru sebagai AL-MALA-U (9) bersempena satu kalimah Arab yang bermaksud ‘(berkembang-biak) memenuhi ruang’ kerana cepatnya berkembang pengaruh agama Islam di Kalaha. Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan sebutan berbilang bangsa ini telah menerbitkan perkataan “MELAYU” seperti yang dikenali hari ini.

(Nota 9)

Syed Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah meletakkan nama 'bangsa yang baru' ini sebagai "Al-Mala-u' sempena Firman Allah SWT :

Surah Saad : Ayat 69

مَا كَانَ لِي مِنْ عِلْمٍ بِالْمَلَإِ الْأَعْلَى إِذْ يَخْتَصِمُونَ

Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (Al-Mala-ul'A'la) semasa mereka bersoal jawab.

Hadis Nabi S.A.W :

ثنا عبد الرزاق أنا معمر عن أيوب عن أبي قلابة عن بن عباس ان النبي صلى الله عليه و سلم قال أتاني ربي عز و جل الليلة في أحسن صورة أحسبه يعني في النوم فقال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت لا قال النبي صلى الله عليه و سلم فوضع يده... بين كتفي حتى وجدت بردها بين ثديي أو قال نحري فعلمت ما في السماوات وما في الأرض ثم قال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت نعم يختصمون في الكفارات والدرجات قال وما الكفارات والدرجات قال المكث في المساجد والمشي على الاقدام إلى الجمعات وإبلاغ الوضوء في المكاره ومن فعل ذلك عاش بخير ومات بخير وكان من خطيئته كيوم ولدته أمه وقل يا محمد إذا صليت اللهم اني أسألك الخيرات وترك المنكرات وحب المساكين وإذا أردت بعبادك فتنة ان تقبضني إليك غير مفتون قال والدرجات بذل الطعام وإفشاء السلام والصلاة بالليل والناس نيام

Telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq yang berkata telah menceritakan kepada kami Ma’mar dari Ayub dari Abi Qilabah dari Ibnu Abbas bahwa Nabi SAW bersabda “RabbKu Azza wa Jalla datang kepadaku malam tadi dalam sebaik-baik bentuk” –Aku mengira maksudnya adalah dalam tidur- Lalu Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la yang menjadi perbalahan? Baginda bersabda “tidak”. Nabi SAW bersabda “Lalu Dia meletakkan tangan-Nya di antara dua bahuku hingga aku dapati dinginnya antara dua dadaku. Atau Baginda bersabda “antara tenggorokanku”. Maka tahulah aku apa yang ada di langit dan di bumi. Kemudian Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la (yang menjadi punca) pertengkaran?”. Baginda bersabda ‘Aku berkata “ya , mereka bertengkar mengenai Al Kafarat dan Ad Darajat?”. Apa itu Al Kafarat dan Ad Darajat?. Diam di masjid, berjalan kaki untuk berjema’ah, menyempurnakan wudhu dalam suasana/keadaan tidak menyenangkan, barangsiapa melakukan hal itu maka ia hidup dengan baik dan mati dengan baik. Dia bersih dari dosa seperti baru dilahirkan Ibunya. Dan katakanlah wahai Muhammad bila kamu selesai solat “Ya Allah sesungguhnya aku memohon KepadaMu kebaikan-kebaikan, meninggalkan hal yang mungkar dan cinta kepada orang-orang miskin. Dan bila Engkau menginginkan fitnah bagi para hambamu maka cabutlah nyawaku kepadaMu dengan tanpa fitnah”. Dan Ad Darajah adalah dengan memberikan makanan, menyebarkan salam dan solat malam saat manusia tidur”. [Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 1/368 no 3484 dan Sunan Tirmidzi 5/366 no 3233]

'Al-Mala-u' juga disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :

a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa

Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :

a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)
b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara) yang menambahkan titik pada beberapa huruf)
c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)
d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.)
e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)
f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.

(AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM – Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnya Pemimpin Yang Berbudi Pekerti Mulia dan Nurnya Meliputi Alam (Khalifah) Kemudian Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.) (10)

(Nota 10) – Ada pendapat yang menyatakan bahawa perkataan "Melayu" itu adalah perkataan "Sanskrit" dan "bangsa atau keturunan Melayu" itu adalah dari India, China, Kemboja dsb. Dari segi keturunan pertalian darah dan sejarah asal-usul, kenyataan ini mungkin ada kebenarannya tetapi penamaan bangsa "Melayu" pada SEBELUM zaman Phra Ong Mahawanser telah dinafikan oleh ulama-ulama Nusantara serta menegaskan bahawa "Al-Mala-u" itu adalah dari kalam Lughatul Qur'an dan digunakan hanya semasa pemasyhuran nama bangsa yang baru di Nusantara setelah Phra Ong Mahawanser memeluk Islam dan ditukar gelaran kepada Sultan Muzaffar 1.

Ilmuwan Melayu Islam juga menyatakan gelaran "Al-Mala-u" diberikan kerana untuk memberikan peringatan kepada seluruh manusia adalah :

a. dari keturunan Nabi Allah Adam a.s. yang dijadikan Allah SWT di syurga Jannah drpd 14 (ada yang menyatakan 13) jenis tanah & telah dilantik menjadi Khalifatullah*

(di syurga atau di langit ketika itu dan akhirnya di bumi setelah Nabi Allah Adam a.s. bertaubat dengan mengucapkan dua kalimah syahadah) sehinggakan

b. malaikat juga diperintahkan sujud kpd. Nabi Allah Adam a.s. yang juga "Al-Mala-ul a'la" (penduduk langit) kerana semasa itu baginda berada di Syurga (di langit)

Ianya juga untuk mengingatkan umat Islam betapa mulianya makhluk yang bernama manusia bukan sahaja turun dari sulbi Adam a.s. yang berasal dari syurga malah

c. Seorang lagi bangsa manusia teragung di langit dan di bumi iaitu Nabi Muhammad S.A.W. telah diisrak-mikrajkan pula sehingga ke Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah Azzawajalla (laitsakamithlihi syai-un)

d. Kerana zaman khalaf ini adalah zaman khalifah manhaj nubuwwah iaitu zaman yang terakhir sebelum kiamat dan umat Islam Melayu perlu diingatkan bahawa orang-orang beriman akan pulang ke tempat asalnya Adam a.s. dijadikan dan diberikan balasan syurga selepas Hari Qiamat dan Hari Pembalasan.

Hadis Qudsi di atas juga jelas bahawa Al-Mala-ul-a'la yang dimaksudkan adalah MANUSIA "yang diam di masjid, berjalan kaki untuk berjema’ah, menyempurnakan wudhu dalam suasana/keadaan tidak menyenangkan, barangsiapa melakukan hal itu maka ia hidup dengan baik dan mati dengan baik. Dia bersih dari dosa seperti baru dilahirkan Ibunya. Dan katakanlah wahai Muhammad bila kamu selesai solat “Ya Allah sesungguhnya aku memohon KepadaMu kebaikan-kebaikan, meninggalkan hal yang mungkar dan cinta kepada orang-orang miskin. Dan bila Engkau menginginkan fitnah bagi para hambamu maka cabutlah nyawaku kepadaMu dengan tanpa fitnah”. Dan Ad Darajah adalah dengan memberikan makanan, menyebarkan salam* dan solat malam saat manusia tidur”
*salam di sini bermaksud "Islam" (agama) - agama yang selamat (salam)

Selain itu Baginda Sultan Muzaffar telah bertaubat nasuha bersama-sama semua pembesar Istana dan para hulubalangnya termasuk seluruh rakyat jelata Kalaha di bawah bimbingan Syeikh Abdullah Al-Qumairy.

Akhirnya Negeri yang bernama Kalaha juga telah ditukar oleh Syeikh Abdullah Al-Qumairy kepada nama Kedah Darul Aman iaitu sebuah negeri yang aman dan merdeka dari segala bentuk kesyirikan, kekufuran dan keengkaran. Penamaan ini juga bersempena “Baldatun Thayyibah Wa Rabbun Ghafur” yang dipetik dari Firman Allah S.W.T. dalam Surah Saba: Ayat 15 yang bermaksud “Negeri yang baik (indah lagi makmur) dan Tuhan Maha Pengampun” (ke atas taubat hambaNya)

Sultan Muzaffar Syah 1 sangat mengasihi Syeikh Abdullah Al-Qumairy sehingga baginda telah melantik Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai Guru dan Penasihat agama Islam baginda, kaum kerabat diraja dan juga seluruh Istana. Sultan Muzaffar Syah 1 juga telah mengangkat Syeikh Abdullah Al-Qumairy sebagai ayahanda angkat baginda.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy juga telah menyarankan agar candi di puncak Gunung Jerai dimusnahkan dan diganti dengan sebuah menara untuk dijadikan tempat azan bagi menyeru umat Islam Kedah untuk bersolat. Sultan Muzaffar Syah 1 telah menitahkan agar permintaan Syeikh Abdullah Al-Qumairy dilaksanakan.

Setelah binaan menara tersebut hampir siap, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah jatuh gering dan ditakdirkan wafat beberapa hari selepas itu. Sebelum kewafatannya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah mewasiatkan agar jenazahnya dikebumikan di kawasan lapang berdekatan dengan binaan menara berkenaan. Kawasan itu dikenali kini sebagai Padang Tok Sheikh (mengambil sempena nama Syeikh Abdullah Al-Qumairy)

Guru Syeikh Abdullah iaitu Sayyidi Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani (wafat pada 561 Hijrah/1166 Masehi) pernah tiba beberapa kali di Gunung Jerai untuk menziarahi maqam muridnya, Syeikh Abdullah Al-Qumairy serta pernah bersolat di kawasan tanah lapang berkenaan di samping melantik Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai pengganti kepada Syeikh Abdullah Al-Qumairy. (11)
--------------------
(Nota 11) : Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani telah mengesahkan pemakaian gelaran 'Sultan' ke atas Sultan Muzaffar Shah 1 yang membawa maksud 'Amirul Mukminin' (Pemimpin Orang-Orang Beriman) dan gelaran 'Shah' yang mirip maksudnya dengan 'Sayyid' - manusia terpilih yang diyakini pembela agama yang mempunyai akhlak yang tinggi.

Kisah ini disahkan oleh DYMM Sultan Badlishah, Raja Negeri Kedah Darul Aman yang ke 26, pernah memberitahu Syeikh Mahmud Nasri Osmani (12) bahawa baginda pernah mendengar cerita ayahandanya DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Raja Kedah 25) bahawa Sultan Muzaffar Shah 1 adalah :

"Raja Pemerintahan Negeri Kedah Tua, Pendiri Kekuatan Kuasa Pemerintahan Membentuk Wilayah Gugusan Selat Kepulauan Melayu terletak di antara India dan China disebut sebagai 'Alam Melayu'."

Baginda Sultan Muzaffar Shah 1 telah disahkan untuk memakai gelaran "Sultan" daripada Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani sekaligus meletakkan Sultan Muzaffar Shah 1 sebagai Sultan Pertama di Alam Melayu.

(Nota 12 - Syeikh Mahmud Nasri Osmani telah diminta oleh Tuan Guru Syeikh Yahya Toha, Kg. Pisang, Kupang (yang dititahkan oleh DYMM Sultan Badlishah) untuk mengetuai operasi menyelamatkan DO Baling dan Residennya - Syed Abu Bakar dan Tuan Adam yang ditangkap oleh Komunis (semasa pemerintahan Jepun hampir berakhir) bagi memaksa DYMM Sultan Badlishah menyerah diri) Syeikh Mahmud Nasri dibantu oleh Tuan Haji Ahmad Bok Bak dan Tuan Haji Daud Bongor. Mereka telah pergi tanpa menggunakan sebarang senjata. Dengan Izin Allah, komunis yang diketuai oleh Chin Peng menjadi seperti terpukau dan melihat sahaja Syeikh Mahmud dan rakan-rakannya melarikan Syed Abu Bakar/Tuan Adam sehingga jarak 30 meter. Komunis tiba-tiba menembak pasukan penyelamat tetapi sekali lagi dengan izin Allah SWT, tidak ada satu pun peluru yang mengena mereka)
--------------------

Kemakmuran Melayu Islam di bawah kepimpiman Kedah Darulaman (Nusantara) termasuk Zaman Kesultanan Melaka, Perlak Pasai, Deli dan seluruh Nusantara yang dikecapi akhirnya musnah disebabkan percakaran sesama sendiri yang juga telah memudahkan lagi serangan serta penjajahan Belanda, Portugis dan Inggeris ke atas Nusantara. Dipercayai kerajaan Islam terakhir yang dimusnahkan oleh Siam dengan pertolongan Inggeris ialah Kerajaan Islam Reman/Pattani sekitar tahun 1785 setelah berlaku peperangan jihad fii-sabilillah yang sangat hebat.

Penjajah akhirnya memusnahkan dan merungkai-rungkaikan akar umbi kekuatan Melayu Islam dengan memisahkan maksud bangsa dan agamanya dan menggantikannya dengan faham sekular. (13)

Nota 13 : Faham Sekular ini bermaksud ialah "perungkaian kesyumulan agama atau pemisahan agama dengan perkara-perkara lain seperti sains dan teknologi dsb. dengan hati, lidah dan perbuatan yang menyatakan contohnya "Sains tidak ada dalam Al-Qur'an" atau "Sains itu tidak ada dalam Agama" dengan sendirinya merendahkan taraf Al-Qur'anul Karim. Perbuatan yang sama telah berlaku antara para Paderi Kristian dan kaum saintis (Illuminati) yang saling bermusuhan antara satu sama lain sehingga terpisah agama dan sains.

Sekular dalam konteks artikel ini ialah "pemisahan agama dan bangsa" (memisahkan Islam dan Melayu) dengan mendakwa bahawa "bangsa itu tidak disebut dalam Al-Qur'an" dengan sendirinya menggambarkan agama itu tidak syumul dan pastinya akan gugur akidah seorang Islam apabila menolak apa yang ada dalam Al-Qur'an.

KEBANGKITAN ISLAM, MELAYU DAN MUJADDID

Kebangkitan pertama yang direkodkan menentang penjajah dan faham Zionist serta usaha menaikkan kembali kegemilangan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam telah bermula sebelum 1940an. Gerakan yang memimpin ulama dan ahlul bait (mentajdid kembali Dua Kalimah Syahadah*) telah dipelopori oleh Ulama Terkenal Nusantara iaitu :

a) Ulama Jawi Anak Melayu Negeri Kelantan Darulnaim/Tuan Guru Pondok Atas Banggol - Kota Bharu Kelantan iaitu :

Maulana Syeikh Wan Ahmad bin Syeikh Wan Mohammad Zain bin Dato Panglima Kaya Syeikh Wan Mustafa bin Syeikh Wan Mohammad bin Syeikh Wan Mohammad Zainal Abidin (Fakih Wan Musa Al-Jambusi As-Sanawi Al-Fathani),

telah dilantik menjadi Ulama besar Masjidil Haram, Mufti Tarim Kerajaan Othmaniah Turki (yang dilantik oleh Sultan Abdul Hamid Turki ketika itu) dan juga Kerajaan Melayu Islam Asia Tenggara. Ulama besar ini (juga guru kepada Syeikh Yusof Kenali – Tok Kenali) juga telah membuat satu himpunan raksaksa Ahli Jawi Melayu Asal Bangsa Kebangsaan Pegang Teguh Agama islam di Madrasah Darul Ulum Makkatul Mukarramah yang dihadiri lebih lima ribu ulama Nusantara,

(Di dalam Kitab Hadiqatul Azhar War Rayaihin Edisi Bahasa Arab, Syeikh Wan Ahmad Fathani telah berdoa - maksudnya "Ya Allah, perkuatkanlah orang-orang Islam Melayu atas bangsa-bangsa kafir dan kembalikanlah negeri-negeri kami kepada kami, perkenankanlah Ya Allah, Ya Rabbal 'Aalamiin

b) Syeikh Abdul Rahman Fathani - seorang lagi Ulama Besar juga seorang guru di Masjidil Haram/Makkatul Mukarramah dilantik menjadi Duta Besar Islam Melayu Markaz Serambi Mekah berpusat di Pondok Atas Banggol, Kota Bharu, Kelantan Darulnaim

Perjuangan kemudian diteruskan oleh Al-Allamah Tuan Guru Maulana Syeikh Yusof Al-Kenali (Tok Kenali) kemudiannya muridnya Syeikh Mahmud Nasri Osmani dan akhirnya kini Tuan Guru Haji Ahmad Che Din (Junaiddin).

KEBANGKITAN SEJURUS SELEPAS ZAMAN KEMERDEKAAN

Perjuangan memertabatkan Melayu Islam dipelopori pula oleh muridnya Tuan Guru Haji Mahmud Nasri Osmani dan tokoh-tokoh ulama berikut :

1) Tuan Guru Syeikh Umar Zuhdi Soleh - Madrasah Misbah Al-Falah, Banggol Berangan,
2) Tuan Guru Syeikh Othman Yunusi - Madrasah An-Nadhoh, Bukit Besar,
3) Tuan Guru Syeikh Abdul Aziz Ibrahim - Madrasah Al-Islah, Pendang, dan
4) Tuan Guru Syeikh Ramli Senik - Pondok Batu Hampar, Pendang

(Selain itu, tokoh politik Dato' Onn bin Jaafar juga turut berjuang menerusi PEKEMBER - (15)

Resolusi telah tercapai semasa muqabalah tokoh-tokoh Ulama ini antara lain untuk menyeru umat Islam Melayu segera kembali tajdid mewarisi semula segala ilmu dan amalan hidup/kehidupan yang diwarisi dari Rasulullah S.A.W. (bersanad yang sah) menerusi talqin dan tajdid (memperbaharui) dua kalimah syahadah bagi membersihkan jiwa raga dari segala bentuk kekufuran, kesyirikan dan keengkaran yang telah lama merosakkan aqidah umat Islam Melayu hasil peninggalan penjajahan.

Monday, November 17, 2014




TIDAK seperti rakannya di Malaysia, kehidupan 453,000 masyarakat Melayu Singapura hari ini bagaikan “menumpang” di tanah tumpah mereka sendiri. Sejak 35 tahun, kehidupan mereka tidak lebih daripada melukut di tepi gantang. Mereka tidak diberi layanan dan hak keistimewaan sebagai peribumi ditambah pula sistem meritokrasi pemerintah. Benarkah kenyataan Perdana Menteri, Goh Chok Tong, Ahad lalu, orang Melayu Singapura tidak dipinggirkan. Hanya orang Melayu Singapura wajar menjawab dan meluahkan pendapat mengenai dilema kaumnya di republik itu. Sehubungan itu, Berita Minggu menghantar wartawan ZAINUDIN ISA ke Singapura, kelmarin untuk menemu bual Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (PKMS), Mohd Rahizan Yaacob di ibu pejabat pertubuhan itu di Changi Road, bagi mendapatkan gambaran sebenar isu itu.

APA takrifan kemajuan orang Melayu di Singapura? Adakah mereka maju kerana berpendapatan lebih tinggi berbanding orang Melayu Malaysia, atau mereka turut maju sebab Singapura sudah menjadi antara negara termaju di rantau ini?Pertama, kita harus terima hakikat dan selalu kita tekankan kemajuan orang Melayu perlu diukur menerusi pendidikan. Tapi, semua kejayaan dan kemajuan orang Melayu di sini hari ini, tidak ada kena mengena atau bersabit dengan pemerintah. Apa yang dinikmati sekarang memang bermula daripada sikap dan naluri orang Melayu sendiri yang mahu memajukan diri. Dasar pemerintah tidak membantu peningkatan taraf hidup orang Melayu. Memanglah, kalau berdasarkan peningkatan ekonomi, orang Melayu secara tidak langsung mendapat limpahan ekonomi. Dari segi bantuan terus kerajaan, kita masih belum yakin ada polisi daripada pemerintah yang benar-benar mendukung satu keadaan yang mana orang Melayu tidak disisihkan.


Tapi, kenyataan Goh seolah-olah menggambarkan kehidupan orang Melayu Singapura kini lebih selesa berbanding Melayu di Malaysia?Apa yang menarik perhatian kita ialah perbandingan statistik itu menyatakan, 23 peratus orang Melayu Singapura menjawat jawatan dalam pengurusan dan pentadbiran kerajaan, teknikal dan profesional berbanding orang Melayu Malaysia cuma 16 peratus. Tapi, kalau kita ambil dari sudut 100 jawatan tertinggi orang Melayu dalam jabatan kerajaan berdasarkan kajian kita, jawatan tertinggi yang disandang orang Melayu Singapura cuma satu peratus.

Jadi statistik yang dipaparkan tidak menunjukkan kehidupan sebenar orang Melayu?
Mungkin orang di luar tidak nampak apa yang berlaku di dalam (Singapura). Hakikatnya, perjuangan orang Melayu untuk mendapatkan hak, pembelaan dan membaiki kehidupan sebagai rakyat minoriti adalah cukup sepakat. Untuk mencari kemajuan orang Melayu, kita sendiri harus berusaha di negara sendiri. Mungkin kaedah perjuangan yang digunakan itu pelbagai. Apabila mereka melihat Malaysia, mereka juga mahu menjadi seperti Malaysia. Kita mahu jutawan Melayu Singapura, pegawai tertinggi, kalau boleh menjadi Perdana Menteri Melayu, ada jeneral, hakim mahkamah tinggi dan sebagainya. Cuba bayangkan, hakim mahkamah tinggi seorang pun tiada, mahkamah rendah sekitar tujuh orang saja. Bayangkan, sesudah 35 tahun, satu hakim mahkamah tinggi tidak ada. Aspirasi Melayu Singapura sama dengan aspirasi Melayu Malaysia. Kita menentang penjajah Inggeris bersama dan kita menuntut kemerdekaan juga bersama. Cuma, yang berbeza ialah hakikat politik, kita sudah dipisahkan dari Malaysia.

Cuma, kita tidak ada statistik pembabitkan orang Melayu dalam syarikat swasta. Tapi kalau berdasarkan statistik orang Melayu dalam badan pemerintah, badan-badan berkanun, itu tidak menunjukkan orang Melayu sudah mencapai kemajuan. Kita mengalu-alukan PM membahaskan perkara ini secara terbuka dan rasional, tapi tolong tunjukkan statistik, data atau fakta mengapa orang Melayu masih lemah dan bidang mana yang masih boleh diperbaiki. Sila tunjukkan bidang mana pemerintah sudah atau boleh menghulurkan bantuan untuk memperbaiki nasib orang Melayu

Ramai tokoh politik di Malaysia mempertikaikan kesahihan kenyataan Goh dan ada beranggapan ada agenda terselindung. Boleh saudara komen?
Saya rasa pendapat seperti itu tepat kerana apa yang berlaku baru-baru ini ialah AMP (Persatuan Profesional Melayu) sudah membuat satu gagasan mengenai kepemimpinan kolektif dan PM menghalang kemahuan segolongan profesional Melayu berkenaan. Pemerintah dan PAP kemudian merasakan ada kemungkinan profesional Melayu tidak menerima sikap PM. Dan, bagi orang Melayu, profesional Melayu itu satu yang amat disanjung dan mempunyai pengaruh kuat di kalangan masyarakat Melayu itu sendiri. Jadi, kalau sebarang gagasan tidak disanjung kerajaan dan PM, itu menunjukkan tiada keikhlasan PM terhadap orang Melayu. Persoalannya sekarang bagaimana PM harus meyakinkan kembali agar orang Melayu tidak hilang kepercayaan terhadap pemerintah. Mungkin sebabnya dia keluarkan statistik bagaimana cemerlangnya Melayu Singapura hari ini.

Kerajaan Singapura berbangga dengan dasar meritokrasi sejak 35 tahun lalu berjaya membangun dan memajukan masyarakat berbilang kaumnya?
Memang mereka bangga dengan sistem meritokrasi yang diamalkan selama ini. Tapi, tidak ada satu bantuan khusus kepada orang Melayu. Orang Melayu harus berdikari. Misalnya, kalau dia (orang Melayu) kalah dengan cabaran arus perdana, bererti pemerintahan hanya mengatakan ia berpunca atas dasar meritrokrasi.

Satu ketika dulu orang Melayu dicap sebagai kaum yang “lembap” untuk menerima saingan dan arus kemajuan pantas. Adakah ini satu faktor yang harus diakui orang Melayu di sini?
Semangat kita untuk maju, meningkat dan mencapai pelajaran yang baik sentiasa diperjuangkan. Memang pemerintah tidak boleh membendung dan menyekat dan pemerintah harus membuka seluas-luasnya peluang dan kemajuan ekonomi. Dengan pembukaan ekonomi seperti itu, bagaimana nak menutup peluang yang ada untuk direbut orang Melayu? Pemerintah tidak berjaya menyekatnya. Tapi, memang kita berpendapat sekiranya ada perhatian istimewa dan khusus daripada pemerintah untuk orang Melayu, pemerintah ambil berat kemajuan orang Melayu dan pemerintah mengambil bahagian dalam meningkatkan kemajuan orang Melayu, saya rasa orang Melayu akan lebih menonjol.

Tapi diskriminasi ini sudah bermula daripada sistem pendidikan itu sendiri?
Memang orang Melayu berpendapat, diskriminisasi itu memang berlaku. Oleh itu, PKMS sudah menggesa pemerintah supaya membentuk satu badan untuk melihat, mengkaji dan meneliti di mana wujudnya diskriminasi bagi membolehkan ia ditangani secara sihat. Kita juga berpendapat perpaduan dan keharmonian di antara kaum itu amat penting, bukan sekadar memberi orang Melayu mendapat peluang kekayaan dan pekerjaan, tapi membolehkan mereka mendapat layanan istimewa di negara mereka sendiri, sebagai peribumi. Saya setuju memang ada hambatan-hambatan dan pemerintah harus membuktikan mereka tidak mengamalkan sikap diskriminasi itu. Kalau kita tengok 100 jawatan tertinggi dalam kerajaan, misalnya Kementerian Pertahanan, kita lihat tiada langsung sejak 1965. Goh hanya membuka cerita soal kemajuan orang Melayu sekitar 10 tahun lalu. Kita bukan bercakap soal orang Melayu 10 tahun, tapi sejak pemisahan Malaysia-Singapura lagi.

Untuk membela orang Melayu, tidakkah mereka amat perlukan pihak yang terbabit sebagai pembuat dasar?Kalau sebagai pembuat dasar, melalui “political appointment” (lantikan politik) memang ada seperti pemimpin Melayu dalam PAP (Parti Tindakan Rakyat). Yalah, kita mengharapkan mereka lebih lantang dan agresif dalam membuat polisi yang membantu peningkatan rakyat Singapura, khususnya orang Melayu. Tapi, dalam hal ini, masyarakat Melayu memang cukup kecewa dengan peranan mereka.

Maknanya, penyertaan mereka dalam kerajaan tidak releven?
Ya, mereka selalu beranggapan Melayu satu kaum minoriti di Singapura. Mereka berasa kalau sikap agresif untuk memperjuangkan nasib orang Melayu, mereka anggap keadaan orang Melayu akan lebih terhambat. Jadi, mereka “play safe” dan dari satu segi lain, mereka juga khuatir kedudukan mereka. Soal relevenkah mereka ini, orang Melayu berasakan ada kalanya sikap itu mengecewakan kerana tidak memperjelaskan masalah orang Melayu dengan setepat dan secukupnya. Mereka seharusnya tidak berasa lemah atau takut. Jangan menjadikan atas sebab meritokrasi awak sebagai orang Melayu mesti berusaha sendiri. Kemudian, kalau tidak berjaya, itu salah awak.

Di mana kesatuan Melayu itu sendiri sebagai satu suara dan satu irama dalam memperjuangkan nasib orang Melayu?Memanglah, kita sudah mendesak agar PM dan pemerintah PAP memberikan perhatian khusus terhadap masalah orang Melayu dengan menggubal dasar ke arah membantu. Kita sudah membuat kenyataan meminta PM menwujudkan satu portfolio di pejabat PM agar melihat bagaimana orang Melayu yang layak di kementerian dan jabatan menikmati kenaikan pangkat dan jawatan lebih tinggi. Memang kita sentiasa membuat tuntutan dan desakan. Malah, kita sudah berkali-kali menasihat pemerintah Singapura, perhubungan baik antara Singapura-Malaysia hanya akan menjadi baik sekiranya layanan mereka terhadap orang Melayu di Singapura baik. Kita berpendapat, hubungan orang Melayu Singapura dengan Melayu Malaysia cukup akrab dan apabila ini tercapai, ini adalah tonggak kepada perhubungan baik di antara kedua-dua kerajaan. Selagi kita melihat ada perhubungan yang tidak baik antara Singapura-Malaysia, ini berpunca daripada sikap pemerintah Singapura terhadap orang Melayu sendiri.

Kita lihat masalah tidak pernah selesai sejak 1965, sampailah sekarang. Cuba bayangkan sesudah 35 tahun, kita orang Melayu kalau diterjemahkan semua kaum berkongsi mentadbir Singapura, sepatutnya nisbah orang Melayu ditonjolkan dan diserlahkan dalam pemerintahan.


Di mana kekuatan Melayu kalau diperjuangkan melalui cara demokrasi seperti parti politik?
Dulu kita menyertai barisan sosialis sebagai satu parti yang didukung oleh orang Cina. PKMS sendiri asalnya daripada Umno yang didukung oleh orang Melayu. Jadi, dalam satu asakan politik yang cukup ganas, barisan sosialis akhirnya berkubur. Tapi PKMS dan perjuangan orang Melayu masih berdiri tegak. Jadi, mungkin dari segi psikologi, orang Melayu bangga bahawa dalam keadaan yang tidak pro Melayu, menindas orang Melayu, tapi orang Singapura masih boleh maju. Itulah yang kita ingin jelaskan, kita maju bukan disebabkan pemerintah. Cuba bayangkan kalau pemerintah membantu orang Melayu, saya kira kemajuan orang Melayu lebih pesat lagi.

Mungkin pemerintah saudara menganggap orang Melayu tidak lebih sebagai kaum minoriti saja?
Ya, walaupun kita kumpulan kecil, kita memang berfungsi untuk turut memerintah dalam negara sendiri. Kalau dikatakan ia satu kontrak sosial sesudah kita menentang British, kita sepatutnya dapat memerintah dengan sendiri. Dalam hal ini, mengapa pula kita harus disisihkan? Sekiranya pemerintah berdegil juga, ini bererti itu kesalahan mereka sendiri. Mereka tidak boleh memperbaiki hubungan kerajaan dengan masyarakat Melayu, kalau mereka terus dengan dasar peminggiran. Tapi, dari segi hubungan sesama Melayu, kita sesama keluarga Melayu di negara jirannya, kita cukup erat sekali.


Atau pemerintah negara anda tidak mahu memberi jawatan penting atas alasan kesetiaan orang Melayu dikatakan masih berbelah bahagi?
Ini satu sindrom kerajaan. Mereka rasakan ancaman itu akan datang daripada Malaysia dan Indonesia. Mereka merasakan Malaysia itu Melayu dan Indonesia itu Melayu. Ini yang selalu dipersoalkan. Maknanya, kalau memberi tempat untuk orang Melayu, apakah orang Melayu itu tidak taat setia kepada negaranya. Kalau memberi tempat kepada orang Melayu dengan sebaik-baiknya, kita berpendapat ia tentunya membantu satu perhubungan cukup istimewa sesama jiran. Kita boleh lupakan pergeseran lalu, sebaliknya sudah boleh tumpukan kepada soal pencapaian, kerjasama yang lebih erat dan meningkat.

Bagaimana tahap keintelektual orang Melayu berbanding kaum lain?
Kalau kita ambil kira dari segi pencapaian pelajar Melayu di universiti pada tahun 2000, hanya dua peratus yang lulus. Kemudian 2.9 peratus mereka yang lulus politeknik. Jadi keseluruhannya nisbahnya sekitar lima peratus orang Melayu yang memiliki kelayakan akademik, khususnya graduan universiti. Dari segi kemasukan pelajar ke intitusi pengajian tinggi, seperti yang dijelaskan PM, kemasukan pada tahun ini lebih besar iaitu melebihi empat peratus. Maknanya memang ada calon orang Melayu untuk menduduki jawatan tertinggi, tinggal lagi kita tidak pernah diberi peluang.

Bagaimana pula pencapaian orang Melayu dalam bidang profesional seperti jurutera, arkitek, peguam atau doktor?
Saya rasa orang Melayu Singapura lebih mengambil bahagian dalam sektor swasta. Malangnya, kita belum ada lagi statistik orang Melayu dalam sektor profesional itu. Tapi, profesional Melayu dalam sektor kerajaan yang dikatakan 23 peratus itu, ia juga tidak begitu jelas. Apa yang kita yakini ialah sektor swastalah yang banyak memberi tempat dan membuka peluang kepada profesional Melayu. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana pemerintah bertanggungjawab terhadap kemajuan orang Melayu.

Adakah pemerintah melihat tuntutan dan permintaan profesional Melayu itu satu ancaman?
Memang benar. Apapun permintaan orang Melayu secara ikhlas, tapi ia dilihat sebagai satu yang membawa kepada ada kekacauan dan unsur ekstrim. Mereka meminta kepemimpinan kolektif yang ikhlas, tetapi mereka buruk sangka dan tafsirkannya kepada eleman yang akan membawa kepada keganasan. Bukankah itu satu tanggapan yang buruk sangka terhadap orang Melayu?

Adakah selama ini tuntutan orang Melayu republik ini akhirnya membawa kepada keadaan huru-hara?Tentunya tidak pernah sama sekali. Meskipun akhirnya ia membawa kepada “frustration” yang cukup tinggi, tapi kita berjaya mengawal diri. Kita tidak percaya kepada perjuangan revolusi bersenjata di Singapura. Kita percaya kepada rantau aman dan makmur.

Tapi pertubuhan seperti Mendaki mendapat perhatian pemerintah?
Yalah, mereka badan yang diwujudkan oleh pemerintah. Mereka melahirkan pelajar Melayu yang berkelulusan universiti. Adakah mereka itu dapat menghalakan pelajar Melayu berkelulusan universiti, cendekiawan itu menjawat jawatan penting di sektor pemerintah. Sepatutnya mereka berperanan sebegitu. Ingin saya jelaskan juga Mendaki satu badan yang mendidik pelajar yang sangat kecil bilangannya. Jadi, dalam hal ini, ibu bapa Melayu memainkan peranan besar untuk melahirkan peningkatan akademik dan cendekiawan, bukan Mendaki yang kemampuannya sangat kecil. Berapa kerat saja pelajar Melayu yang berjaya kalau dibanding keseluruhan pelajar Melayu.

Kalau diukur pencapaian anak Melayu, lulusan sekolah menengah hanya 32.1 peratus, pra universiti 12.9 peratus dan politeknik 2.9 peratus. Kalau dibandingkan pelajar Cina, mereka yang ada kelulusan menengah 23.2 peratus; 15 peratus (pra menengah); 7 peratus (politeknik) dan 12.6 peratus (universiti). Kalau diambil pelajar India, mereka yang lulus di peringkat menengah 26.4 peratus; pra-universiti (15.6 peratus); politeknik (3.1 peratus) dan universiti (16.5 peratus). Kalau ini dianggap satu kekuatan orang Melayu, ia tidak benar.

Pemerintah dikatakan mahu mewujudkan “Melayu Singapura” bukannya Melayu yang tinggal di Singapura?Kalau kita mahu membuat batasan, atau bendungan agar orang Melayu Singapura tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Melayu Malaysia, saya rasa mereka silap. Pepatah Melayu ada mengatakan air yang dicincang tidak akan putus, hubungan kita wujud sejak 35 tahun.

Bagaimana dengan langkah membawa masuk kaum lain yang dikatakan untuk mengimbangi pertumbuhan Melayu?Saya ada statistik dan kitapun khuatir mengenai trend itu. Kemasukan orang Cina dari Malaysia, Taiwan, Cina dan Hong Kong, termasuk kemasukan orang India dari negara India juga agak ketara. Kita merasakan memang ada dasar untuk meningkatkan peratus orang Cina dan India. Memang kerajaan ada dasar, mereka mahu menarik bakat atau profesional India, Cina dan Melayu ke Singapura. Tapi, setakat ini mereka nampaknya mereka gagal membawa masuk profesional Melayu luar ke Singapura. Mungkin tiadanya orang Melayu luar datang ke Singapura sebab dasar pemerintah itu sendiri menindas. Cuba kita lihat banci 2000, orang Cina yang datang ke sini dan mendapat taraf kerakyatan sementara (PR) dari Malaysia ialah 9.4 peratus; Cina Hong Kong dan Taiwan, lima peratus; India, Pakistan dan Bangladesh dan Sri Lanka 1.9 peratus; Indonesia satu peratus dan lain-lain negara satu peratus.

Dan dari satu segi, peratus orang Melayu menurun daripada 14.9 peratus kepada 13.9 peratus. Bagi orang Melayu penurunan satu peratus ini agak meruncing kerana itu “survival” kita dari segi perjuangan Melayu. Mungkin kaum Cina juga menunjukkan penurunan satu peratus, tapi kita harus ingat mereka kaum majoriti dan penurunan itu tidak terasa. Kita juga harus ingat kadar kelahiran orang Melayu tinggi puratanya 2.79 peratus setahun berbanding orang Cina yang mungkin kurang daripada itu.

Dalam keadaan seorang satu undi, bagaimana orang Melayu boleh menentukan kuasa politik?
Memanglah orang Melayu mencari strategi sebagai kuasa minoriti. Kita harus mempunyai kuasa politik dan tanpa kuasa politik bagaimana kita nak menerajui negara sendiri. Pada satu ketika sebelum pemerintah membuat dasar supaya orang Melayu di sesuatu kawasan perumahan tidak melebihi 25 peratus. Ketika itu peratus orang Melayu semakin meningkat di sesuatu kawasan mengundi. Kalau ada peratus undi Melayu yang tinggi di kawasan itu menyebabkan calon Melayu memasuki Parlimen.

Jadi dasar mengehadkan peratusan penduduk di tempat kediaman ini masih berlaku sampai sekarang?Ya, sampai sekarang. Kita sudah berhujah kepada kerajaan agar semua kaum seimbang dalam semua konteks. Cuba berikan satu kawasan yang 75 peratus orang Melayu dan 25 peratus orang Cina, itu juga menunjukkan keadaan yang berbilang kaum. Cuma bezanya masyarakat Melayu menjadi majoriti di situ. Sementara orang Melayu dipinggirkan dalam sektor pemerintahan, orang Melayu semakin terhakis identiti dan budayanya. Dikatakan orang Melayu Singapura, khususnya bangga menjadi Melayu moden, bercakap Inggeris dan sebagainya.

Saya rasa itu tidak tepat. Sebahagian besar keluarga Melayu iaitu 90 peratus masih berbahasa Melayu. Kalau remaja Melayu, sama juga remaja di Malaysia. Kita tidak boleh ukur mereka tidak prihatin dengan masalah Melayu yang berat kerana umur mereka masih remaja. Sekiranya mereka di universiti dan politeknik, itu boleh digunakan sebagai timbang tara. Tapi, kalau umur remaja, mereka belum lagi memasuki umur yang mampu memikirkan masalah perjuangan dan soal politik berat, soal survival orang Melayu dan sebagainya.

Tapi, dalam hal ehwal agama seperti pendidikan anak di madrasah penyediaan kurikulumnya bukan seratus peratus menyediaan generasi Islam sebenar?Saya rasa dari segi mata pelajaran itu sudah ada keseimbangan di antara mata pelajaran ukhrawi dan duniawi. Tinggal lagi pemerintah kurang senang dengan peningkatan kemasukan pelajar Melayu ke madrasah.

 Oleh itu mereka mengehadkan atau memperkenalkan kuota hanya 400 orang pelajar boleh diambil untuk enam madrasah di Singapura berbanding permohonan yang diterima 500 hingga 600 orang. Tinggal lagi, ibu bapa mahu anak mereka di sekolah biasa diizinkan menutup aurat, sebab itu mereka lebih cenderung kepada madrasah. Kita juga menyatakan kepada kerajaan itu bukan saja kehendak ibu bapa tetapi kehendak agama. Tapi pemerintah menganggapnya sebagai satu gejala ekstrim kerana mereka tidak mahu asas Islam itu kuat dan nanti menjadi ancaman kepada mereka. Jadi Melayu Singapura tersepit dalam prejudis pemerintah yang amat kuat.

Wednesday, November 5, 2014




Bangsa Melayu yang datang ke Nusantara telah membawa bersama kebudayaan unik dan tersendiri yang meliputi keseluruhan cara hidup mereka. Kebudayaan ini yang dikenali sebagai adat ditakrifkan sebagai tatacara dan peraturan hidup seharian individu-individu dalam masyarakat yang dapat mewujudkan kerukunan, kesentosaan serta kerharmonian di dalam konteks hidup bermasyarakat. Adat juga melingkungi tatacara ataupun ritual yang diamalkan dalam institusi-institusi perayaan dan majlis-majlis rasmi.

Di awal tamadun Melayu, adat merupakan paksi utama dalam mengatur masyarakatnya. Bagaimanapun adat kemudiannya secara terus-menerus mengalami proses perubahan dalam lintasan masa yang panjang, serta perubahan oleh suasana dan tempat, khususnya dalam zaman kemunculan Islam di rantau ini. Kedatangan Islam telah menggabungkan undang-undang adat dan syariah sebagai paksi utama perundangan Bangsa Melayu contohnya Hukum Kanun Melaka, Hukum Kanun Pahang, Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan (Perak), Kanun Kelantan, Hukum Kanun Brunei dan sebagainya.

Di dalam konteks hukum   adat, individu-individu dalam masyarakat dapat digabungkan di bawah satu sistem norma dan nilai yang seragam. Adat bukan sahaja dapat menghapuskan bibit-bibit konflik diantara ahli dalam masyarakat yang pelbagai ragam dan karenah itu, malahan ianya juga berfungsi dalam bentuk peribadi dan jatidiri sesuatu bangsa sepertimananya Bangsa Melayu itu. Dalam hal ini, walau dimana pun kedapatan mereka, orang Melayu dapat dibezakan dengan bangsa lain kerana mereka mempunyai adat yang unik dan terkhusus, iaitu keseragaman nilai dan norma yang menjadi sebahagian dari perilaku dan identiti diri mereka sebagai satu bangsa. Contoh nilai yang menjadi pegangan bersama Bangsa Melayu ialah konsep beriman, muafakat, bergotong-royong, budi pekerti, adab, sabar, santun, setia, hormat, talzim dan pelbagai lagi.

Dalam konteks sejarah Bangsa Melayu, amalan adat dan syariah terbukti telah dapat membentuk satu bangsa yang berakhlak, beradab, halus, luhur, beradat dan bermaruah. Kesan darinya lahirlah kekuatan, ketinggian, kemuliaan, kebesaran, keunggulan dan kedaulatan bangsa. Beberapa perspektif dapat dilihat dalam Adat Melayu itu antaranya :


1.      Adat yang sebenarnya adat atau dikenali sebagai adatullah

Ditakrifkan sebagai hukum tabii yang diciptakan Allah. Contohnya adat harimau mengaum, adat kambing mengembek, adat api membakar, adat air membasah dan sebagainya. Ianya diertikan sebagai hukum adat yang hampir mutlak didasarkan pada hukum dan peraturan Islam, contohnya konsep muafakat dan musyuawarah yang wujud dan amat diberatkan dalam corak pemerintahan Bangsa Melayu.

 2.      Adat yang diadatkan

Meliputi adat muhakamah dan adatunnah. Adat muhakamah (adat yang baik) ialah undang-undang, hukum adat dan peraturan yang digubal oleh pemerintah atau pemimpin  Bangsa Melayu bagi menjamin kerukunan serta keharmonian di dalam konteks hidup dalam satu kelompok bangsa. Ianya mengikat rakyat kepada perlembagaan masyarakat. Undang-undang adat ini menjadi paksi utama undang-undang Bangsa Melayu di rantau ini dan lazim disebut sebagai istilah kanun. Contoh undang-undang adat yang terawal dapat dilihat pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 22 Februari 1303M bersamaan 14 Rejab 702 Hijrah. Pada Batu Bersurat Terengganu itu terpahat beberapa peruntukan undang-undang jenayah dan perniagaan Islam. Selain itu terdapat juga Risalah Hukum Kanun Melaka, Hukum Kanun Pahang, Hukum Kanun Dato’ Star, Undang-Undang Sembilan Puluh Sembilan, Hukum Kanun Brunei dan banyak lagi. Daripada sudut pandang ajaran Islam, adat muhakamah dikira mengikat dan wajib dipatuhi selama mana ianya tidak bertentangan dengan hukum syariat kerana adat muhakamah dibuat mengatur masyarakat dengan baik dan memelihara keharmonian negeri.

Adatunnah atau lazim diistilahkan sebagai resam ialah adat dan hukum adat yang bersumber dari kebiasaan-kebiasaan masyarakat setempat yang dinilai sebagai murni, bermanfaat dan tidak bersalahan dengan hukum Islam serta tidak menyimpang dari konsep adatullah dan adat muhakamah. Contohnya golongan muda menghormati golongan tua, konsep bergotong-royong dalam hal kenduri-kendara, ziarah menziarahi, rumah yang sentiasa terbuka untuk tetamu, memberi buah tangan, berbudi bahasa, mempelajari ilmu persilatan bagi anak-anak muda, bermusafir mencari ilmu dan sebagainya. Kebiasaan-kebiasaan terpuji ini kemudiannya diperkukuhkan oleh petinggi adat setempat sebagai hukum adat atau adat istiadat yang harus berlaku dalam pergaulan sehari-hari masyarakat.

 3.      Adat istiadat

Adat istiadat pula ritual-ritual yang sering dilakukan dalam institusi-institusi perayaan atau majlis-majlis yang dianggap rasmi, contohnya adat berkenduri-kendara, adat nikah-kahwin dan sebagainya. Perkara ini termasuklah dalam urusan mengatur alatan perhiasan, aturcara, tempat duduk dan susunan mereka yang akan menghadiri sesuatu majlis yang beradat istiadat. Adat istiadat ini dibuat dengan tujuan untuk meletakkan adab yang patut bagi membesar dan memuliakan perayaan atau majlis tersebut.

 4.      Adat jahiliyyah

Adat istiadat yang bersumber dari amalan-amalan yang dibawa dari zaman pra Islam, yang umumnya bercanggah dengan hukum Islam. Walaupun Islam telah lama berakar umbi dalam kehidupan masyarakat Melayu, adat istiadat jahiliyyah masih diamalkan oleh sebahagian mereka. Bagaimanapun  para ulama dan pemuka Islam telah mengupayakan secara berterusan berbagai cara supaya dihapuskan saki baki amalan adat istiadat jahiliyyah yang masih wujud dalam masyarakat Melayu, contohnya ‘Perayaan Mandi Safar’, tepung tawar naik rumah baru, mengambil berkat pada perkuburan keramat, beberapa ritual dalam majlis persandingan dan sebagainya.


Islam mulai tersebar di alam melayu sejak abad ke 13M. Islam bermula di Pasai sekitar tahun 1297M dan Trenggano pada tahun 1303 M. Kedatangan Islam kedaerah ini telah membawa perubahan yang dinamik dalam kehidupan orang melayu. Prof Taib Osman berpendapat bahwa kedatangan Islam ke nusantara telah membawa perubahan sehingga menjadikannya sebahagian dari dunia Islam. Perubahan itu meliputi semua aspek kehidupan orang melayu, seperti dalam  bidang bahasa, sastra, intelektual, undang-undang, kepercayaan, politik, adat istiadat, kesenian dan lainnya. Setelah kedatangan Islam , bahasa Arab  sebagai bahasa resmi agama Islam mulai mengambil alih bahasa sanskrit dikalangan orang melayu, Huruf arab digunakan untuk penulisan bahasa melayu yang disebut huruf Jawi, Huruf baru yang berasal dari alquran telah menggantikan huruf Kawi dan Nagari.

Setelah Islam masuk, bahasa melayu mengalami perubahan yang sangat pesat dengan meminjam kata-kata arab, sehingga bahasa melayu menjadi media ilmu pengetahuan seperti Teologi, falsafah, etika dan lainnya. Menurut Van der Kroef, bahasa melayu menerima pangaruh Islam dengan begitu kuat, malah melayu tanpa Islam di ibaratkan sebagai diri tanpa nyawa. Dengan kedatangan Islam ke alam melayu, hingga bahasa melayu mengalami proses pemoderenan dan tersebar luas sehingga menjadikannya Lingua Franca di daerah Nusantara.

Pengenalan ilmu pengetahuan yang bercorak falsafah maka Islam memperkenalkan pemikiran yang bercorak rasional dan intelektual dalam masyarakat melayu. Islam juga menekankan unsur persamaan sosial, keadilan, individual, kemuliaan dan kepribadian insani. Dengan itu Islam merobah pandangan dunia orang melayu dari pandangan bercorak mitologi , fantasi kepada pemikiran yang bercorak intelektual yang berazaskan ilmu falsafah Islam dan Mistik yang rasional dan ilmiah. Dengan demikian Islam menekankan kedua aspek jasmani dan rohani untuk membangun masyarakat melayu.

Terhadap ilmu pengetahuan, Islam di alam melayu mengembangkan tradisi pendidikan dan pengajaran dorongan belajar berawal dari pengajaran membaca alquran untuk tujuan ibadat, pusat pengajian permulaan berawal di mesjid atau surau, kemudian disekolah-sekolah seperti madrasah, pondok pesantren. Bidang ilmu yang dipelajari bahasa arab, fiqih, falsafah, teologi, logika,etika, hadis, tafsir dan lainnya. Melalui sistem pengajian tersebut lahirlah para cendikiawan dan ulama dalam masyarakat melayu untuk menjadi pegawai, guru dan ahli agama, ahli fikir dan pujangga seperti Hamzah Fansuri, Nurudin Alraniri dan lainnya.


Menurut E.B. Taylor, manusia yang awal hidup di dunia menempuh pengalaman seperti mimpi , khayalan dan peristiwa kematian. Perisitiwa-peristiwa yang ditempuh itu menjadi tanda tanya kepada mereka, sehingga mereka berfikir dan menyakini wujudnya roh (spirit) dalam diri manusia, dan disebut sebagai animisme.


Animisme merupakan satu kepercayaan yang terdapat dikalangan masyarakat yang masih dalam kehidupan sederhana. Animisme ini diciptakan oleh E.B Taylor dari perkataan latin “anima” dan animisme berarti kepercayaan kepada mahluk-mahluk halus (spiritual beings). Kepercayaan yang kepada mahluk halus dan roh merupakan azas kepercayaan agama yang mula tumbuh dalam alam pemikiran manusia primitif.Dalam masyarakat yang sedang berkembang seperti suku bangsa melayu, ciri-ciri animisme masih ada, terutama pada masyarakat pedalaman, walau sudah ada gerakan modernisme dalam islam yang memerangi kepercayaan lama ini yang dianggap sebagai khurapat dan tahyul.

PENGARUH HINDU

Berdasarkan penemuan di Kalimantan Timur, kira-kira abad ke 4 masehi terdapat kerajaan Hindu di Kalimantan dengan rajanya Mulawarman. Agama Hindu yang dianut masyarakatnya adalah dari aliran Brahmaisme. Pada abad ke7 di Sumatra terdapat dua kerajaan melayu dengan pengaruh Hindu , yaitu yang berpusat ditepi sungai Batang Hari dann yang Berpusat di Palembang yaitu Sriwijaya. Di Jawa kerajaan Hindu yang termansur adalah kerajaan  Mataram dengan rajanya yang bernama Sanjaya beragama Hindu dan digantikan oleh raja prapanca yang beragama Buddha. Kerajaan Mataram mendirikan candi-candi seperti Borobudur, Mendut, Sari, Kalasan dan lainnya.

AGAMA HINDU DAN MELAYU

Sebelum agama Hindu dan Budha dibawa ke alam melayu, penduduk didaerah ini menganut faham agama yang bercorak animisme. Agama Hindu dibawa dari India dan mendapat tempat dikalangan raja-raja melayu dan jawa. Walaupun agama Hindu menjadi panutan poenduduk daerah ini ( khususnya kalangan  raja dan  kaum bangsawan), namun unsur kepercayaan lama masih, terus diamalkan sepertio pemujaan kubur datuk nenek yang sering dilakukan raja-raja Hindu di Jawa seperti Hayam Wuruk.

Setelah agama Hindu berkembang di alam melayu adalah Gunawarman ( bekas raja di Kasyimir India ). Agama Hindu dan Budha menghadapi perubahan yang radial dialam melayu. Walau kedua agama ini menjadi satu yaitu Hindhu-Budha. Misalnya dalam bentuk baru ini budha menjadi Visynu, sedang visyna adalah diantara dewa-dewa yang utama dalam konsep Trimurti dalam agama  Hindu. Warisan proses pembauran ini digambarkan. Dalam dalam agama doktrin Hindhu Bali. Doktrin ini menerima kedudukan”Pedanda Budha” yaitu pendeta agama budha dalam upacara keagamaan. Proses pembauran antara agama Hindu dan Budha telah berlaku di alam melayu melalui kerjasama antara agama Hindu dan Budha telah berlaku dialam melayu kerjasama antara pendeta dari kedua agama dalam melakukan upacara-upacara tertentu.

PENGARUH HINDU DALAM PEMIKIRAN MELAYU

Sebelum agama Hindu berkembang di alam melayu, orang melayu di pengaruhi oleh paham animisme, paham ini berbentuk kepercayaan kepada semangat, pemujaan roh nenek moyang dan mahluk alam gaib. Kepercayaan animisme adalah kepercayaan yang amat komplek. Kepercayaan ini mengatur tingkah laku manusia terhadap alam sekeliling, karena mereka percaya bahwa setiap fenomena alam mengandung kekuatan gaib atau penunggu. Pengaruh pemikiran hindu ini terdapat dalam warisan seperti jampi-jampi dan mantera. Pemikiran hindu yang diwarisi dalam sastra melayu banyak membicarakan alam khayalan yang didiami oleh dewa-dewa yang diketuai oleh Batara Guru, seperti Hikayat Seri Rama yang menceritakan watak tokoh Seri Rama sebagai jelmaan dewa pemelihara.


PENGARUH HINDU DALAM SISTEM PEMERINTAHAN

Menurut Coedes kebudayaan hindu yang berkembang di asia Tenggara hanya bertumpu dikalangan kaum bangsawan. Jadi tidak heran banyak terdapat kesan bahwa pengaruh hindu dalam sistem pemerintahan melayu tradisional. Konsep raja dan kerajaan adalah dari istilah kebudayaan hindu, sementara keonsep negeri atau negara dalah dari kata sanskrit, artinya masyarakat yang hidup dalam suatu daerah secara berkawasan, Raja di samakan dengan konsep “Devaraja” atau pemerintah yang sama kedudukannya dengan dewa-dewa. Konsep devaraja merupakan tradisi Brahmin yang beranggapan bahwa raja mempunyai kuasa penuh dalam urusan agama dan kepercayaan. Oleh sebab itu “Raja sebagai dewa”, maka statusnya amat tinggi dan merupakan wakil Tuhan di dunia. Kedudukan raja amat tinggi disisi rakyat. Baginda dipercaya sebagai orang suci karena didalam sarafnya mengalir darah putih, oleh sebab itu orang kebbanyakan dilarang meyentuhnya. Raja dianugrahkan kuasa daulat melalui istiadat pertabalan. Orang melayu yang melnaggar daulat akan menerima pembalasan dari kuasa gaib, karena dimurkai raja. Dengan inilah terjadi wujud perang pemisah antara raja sebagai kasta tinggi dengan rakyat sebagai kasta rendah. Demikian juga pengaruh hindu dalam sitem pewarisan pemerintahan yang berazaskan kepada keturunan yaitu kepada anak raja dari permaisuri raja, Sitem politik hindu dalam gelar pada jawatan pegawai kerajaan hinga pembesar seperti seni paduka bendahara, laksamana dan permaisuri.

PENGARUH HINDU DALAM  ADAT ISTIADAT

Adat istiadat melayu bermula sejak seseorang itu lahir, sejak ibu mengandung hingga kanak-kanak itu besar, berbagai adat istiadat dilakukan oleh orang melayu seperti melenggang perut sewaktu ibu hamil, menjejak kaki kebumi sampai pada perkawinan hingga kematian. Upacara itu dilakukan untuk mohon supaya sang dewa memberi kebahagiaan dan kesejahteraan kepada anak tersebut serta seluruh anggota keluarganya. Pengaruh kebudayaan hindu juga terdapat dalam perkawinan yaitu pada penggunaan sirih dan pinang, beras kunyit dan berinai, Tapi dalam  kematian adat hindu tidak diilakukan lagi oleh orang melayu, karena ketentuan Islam sudah dominan terlaksana dalam masyarakat, namun unsur-unsur kepercayaan hindu masih dilaksanakan bagi sebagian orang melayu seperti kenduri kematian meniga hari, menujuh hari, empat puluh hari dan seratus hari.

PENGARUH HINDU DALAM  BAHASA DAN SASTERA

Bahasa sanskrit telah mempengaruhi bahasa melayu sejak pengaruh kebudayaan hindu hingga zaman kedatangan Islam pada abad ke 13 masehi. Banyak perkataan sanskrit atau hindu tua yang dipinjam  dan masih dipakai dalam bahasa melayu sampai sekarang. Dalam keagamaan seperti sembahyang, dewa, dewi, dosa, siksa, nirwana. Syurga, neraka, restu serta sebagainya, dan dalam kehidupan sehari-hari seperti budi, karya, jasa, gajah, cipta, boneka, negara, guru, harta, warna,duka, jiwa dan beratus ratus kata sanskrit lain yang tanpa sadar kita pakai itu berasal dari bahasa Hindu tua.

Disamping bahasa, pengaruh sastra India juga banyak berkembang dalam sastra melayu. Epik-epik ramayana dan mahabarata telah melahirkan berbagai prosa atau hikayat dalam sastra melayu. Unsur-unsur sastra Hindu juga mempengaruhi cerita-cerita pelibur lara, cerita jenaka, cerita berbingkai dan sebagainya. Begitu juga pengaruh dalam puisi melayu seperti mantra, seloka dan gurindam.


Melalui perantara bahasa, manusia dapat berkembang satu sama lain baik secara lisan maupun tulisan. Dengan bahasa manusia dapat menyampaikan fikiran dengan jelas, maka ucapannya harus mengandung makna.
Sejarah bahasa itu menerangkan asal usul kelahiran suatu bahasa dan perkembangan penulisannya. Penulisan yang tertua dalam sejarah bahasa ialah bahasa mesir kuno dan Cina kira-kira 5000 tahun yang lalu.

Menurut ahli sejarah bahasa melayu berasal dari bahasa Austronesia (bahasa Malay Polinesia). Rumpun bahasa-bahasa Austronesia terbagi atas kelompok besar yaitu Nusantara (Malaysia, Indonesia, Filifina dan Madagaskar), Melanesia ( Iran, Karolim dan Salmon) Polinesia ( Maori, Hawaii dan lainnya). Bahasa melayu termasuk dalam kelompok bahasa nusantara. Kelompok bahasa nusantara ini terbagi pula jadi dua rumpun bahasa yaitu bahasa Nusantara Barat seperti bahasa Malaysia, Aceh, Melayu, Jawa, Sunda, Dayak dan Tagalog dan bahasa Nusantara Timur mengandung bahasa Solo Roti, Sika dan lainnya.

Bangsa Indo-Melayu atau Austronesia yang datang ke alam melayu pada awalnya memakai bahasa melayu proto ( induk bahasa melayu). Bahasa yang berasal dari Induk yang satu mulai berkembang didalam lingkungannya. Oleh sebab itu lahirlah Dialek dan seterusnya berkembang menjadi bahasa-bahasa yang berlainan seperti bahasa Jawa, Dayak, Minangkabau, Batak dan lainnya. Jika diselidiki perbendaharaan kata  bahasa-bahasa tersebut akan terdapat banyak persamaan satu sama lain yang menunjukan semua bahasa itu berasal dari satu induk bahasa yaitu bahasa melayu proto. Kini bahasa melayu proto telah berkembang pada sekitar 150 cabang bahasa lainnya. Diperkirakan sejarah bahasa melayu di Jambi. Menurut catatan Cina, kerajaan melayu Jambi tahun 644 masehi pernah mengirim satu utusan ke negri Cina, jika kerajaan melayu sudah mempunyai hubungan diplomatik antar bangsa, sewajarnya kerajaan melayu tua telah mempunyai kebudayaan yang tinggi dan bahasa yang maju.

Sejak abad ke 7 masehi, kerajaan Sriwijaya sudah terkenal di Asia Tenggara sebagai pusat ilmu pengetahuan agama Budha. I-Tsing ( orang cina yang berkunjung ke Sriwijaya) mengatakan bahwa bahasa melayu kuno digunakan sebagai bahasa pengajaran di pusat pengajian Budha di Sriwijaya, dalam mengajar bahasa Sanskrit dan falsafah agama Budha. Bahasa sanskrit merupakan bahasa kitap Veda ( Hindu) dan juga bahasa kaum bangsawan. Akibat pengaruh bahasa sanskrit, bahasa melayu kuno mengalami perubahan, perubahan ini terjadi dengan masuknya kata-kata bahasa sanskrit kedalam bahasa melayu kuno yang meliputi seluruh   kehidupan orang melayu, bukti adanya pengaruh ini terlihat pada batu bersurat yang ditemui ditempat-tempat dibawah ini :

·Batu bersurat Talang Tuwo (684 T.M)
·Batu besurat Telaga Batu dan kedukan bukit- Palembang (683 T.M)
·Batu bersurat Karong Berahi, sungai Merangin di Hulu sungai Jambi dan Batu bersurat kota  Kapur di Bangka (686 T.M)
·Batu bersurat Kertanegara (1285 T.M)
·Batu bersurat Pagar Ruyong dan batu bersurat Suruaso atau Suroasa di Hulu Sungai Batang Hari (1375 T.M)

Bahasa melayu bukan bahasa yang statis, tapi dinamik, senantiasa berkembang mengikuti arus perkembangan zaman, terutama dalam penggunaan kata-kata pinjaman. Abad ke 13 dan 14 merupakan zaman peralihan dengan datangnya agama islam. Pada zaman peralihan ini terdapat beberapa batu bersurat yang menun jukan perubahan bahasa melayu, contohnya memakai kata-kata arab ( di Pagar Ruyong 1356) ini melihatkan adanya pengaruh bahasa arab dalam bahasa melayu.

Melalui pengaruh Islam dan huruf arab dalam penulisan melayu, bahasa melayu telah berkembang pesat dan menjadi bahasa yang kaya dengan berbagai istilah yang dipinjam dari perbendaharaan kata Arab dan Parsi. Dengan perkembangan itu, bahasa melayu menjadi bahasa pengantar dalam penulisan yang bercorak agama Islam dan karya-karya sastra, bahasa melayu menjadi bahasa pengantar dalam dakwah Islam didaerah ini. Selanjutnya bahasa melayu telah mencapai taraf bahasa Lingua Franca atau bahasa perhubungan bagi daerah ini.